Selasa, 20 November 2012
Tarian Ngajat
Tarian ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak. Ianya ditarikan semasa menyambut Hari Gawai. Pada zaman dahulu, tarian tersebut ditarikan selepas mereka pulang dari berperang.Penari akan memakai pakaian tradisi seperti "sirat", "gagung" atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihiasi dengan bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti beruang tetapi tidak dijahit di bahagian kiri dan kanan.
Penari akan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu yang dimainkan serta bersesuaian dengan upacaranya.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh sambil menghayunkan badan ke kiri dan kanan.
Lagu iringan dimainkan dari alat muzik seperi gong besar dan kecil, gendang, tetawak, bebendai, engkurumong dan sapeh iaitu alat bertali seperi gitar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan