Selasa, 20 November 2012
Tarian Singa
Tarian singa merupakan sebahagian daripada tarian tradisional masyarakat Cina. Penari akan meniru pergerakan seekor singa dengan menggunakan kostum lengkap singa. Kostum singa ini dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangannya akan memainkan bahagian belakang kostum tersebut. Kedua-dua penari tersebut akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singan selalunya diiringi dengan paluan gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakkan adat orang Asia terutamanya mereka yang berketurunan Cina. Terdapat dua tarian singa yang amat popular iaitu "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara dikatakan berasal dari utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah jambu, jingga (hijau dan kuning bagi kostum singa betina). Tarian singa ini mempunyai banyak pergerakan akrobatik sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri berkaitan alam sekitar. Selalunya dipersembahkan sebagai istiadat atau upacara membuang semangat jahat dan meminta semangat tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum bermata besar, bercermin mata dan mempunyai tanduk di kepalanya. Ini bertujuan menunjukkan kegarangan singa tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan